PENGENALAN ID Program pembudayaan inovasi di kalangan pelajar telah mula dilaksanakan sejak tahun 2018 melalui Innovation Day 2018 dan Innovation Day 2019. Kesinambungan itu, program Pertandingan Inovasi & Rekacipta Pelajar (Innovation Day 2020) telah dianjurkan untuk membudayakan penghasilan inovasi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang.
Selaras dengan matlamat Kolej untuk melahirkan pelajar –pelajar yang seimbang dalam akedemik dan juga kokurikulum, para pelajar Program Sijil perkhidmatan Logistik, Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang dan Program Sijil Pengoperasian Perniagaan Kolej Komuniti Pasir Mas maka program ini telah diadakan dengan bertemakan “Pencetus Inovasi Norma Baharu”. Melalui pertandingan ini dapat memberi peluang kepada pelajar menjanakan idea dalam mencuba sesuatu yang baru. Produk yang diciptakan mestilah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan produktif. Pelajar juga dikehendaki menghasilkan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk sedia ada bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Produk tersebut juga adalah daya usaha kumpulan dengan cara memikir atau eksperimen dan menjalankan penyelIdikan.
OBJEKTIF PROGRAM
- Untuk membudayakan penghasilan inovasi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Cawangan Rantau Panjang. - Untuk menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar dalam aspek kreativiti dan kepimpinan. -Untuk menjadi platform kepada pelajar KKPM dan KKcRP dalam melestarikan inovasi dalam norma baharu yang memberi impak kepada masyarakat dan sosial. - Untuk menambah baik urus tadbir dan kecemerlangan akademik di KKPM dan KKcRP. - Untuk membentuk budaya pengkomersilan di kalangan pelajar.