Program pemerkasaan penerbitan eBook Lentera merupakan salah satu initiatif pihak pengurusan untuk membudayakan dan memperkasakan hasil penyelidikan dan penulisan ilmiah pensyarah TVET melalui penerbitan yang bertaraf antarabangsa. Program ini bermula sejak tahun 2018 melalui penerbitan eBook Lentera Edisi Pertama sehingga penerbitan ini diteruskan pada tahun 2019, 2020 dan 2021.
Program ini juga tercetus daripada penganjuran Seminar Penyelidikan Institusi TVET negeri Kelantan pada 22 Julai 2018. Berikut merupakan kronologi program penerbitan eBook Lentera bermula tahun 2018 – 2020.